SEARCH

Thursday, January 7, 2010

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t.




Seperti yang telah digembar-gemburkan oleh pihak media massa, kerajaan Malaysia pada hari ini telah melancarkan gagasan 1 MALAYSIA yang berteraskan perpaduan rakyat khususnya dengan slogan "1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN". Gagasan ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Dato' Seri Najib Abdul Razak dengan harapan seluruh rakyat Malaysia pada hari ini menerima manfaat dan mampu bangkit serta berjaya seiringan dalam semua bidang yang diceburi.


Gagasan ini bukanlah seperti "MALAYSIAN MALAYSIA" seperti yang telah diuar-uarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba memesongkan fahaman rakyat tentang aspek perpaduan yang cuba diwujudkan ini. Hal ini perlu difahami oleh seluruh rakyat Malaysia bahawa gagasan 1 Malaysia diwujudkan adalah sebagai satu platform untuk seluruh rakyat Malaysia bersatu di bawah payung Malaysia demi menjaga kedamaian dan keharmonian pada masa akan datang. Ia diibaratkan sebagai duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat.


Semoga usaha murni ini mendapat sambutan seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama dan juga bangsa. Ingatlah, perpaduan dan integrasi adalah satu formula penting dalam mencapai kehidupan yang sempurna iaitu aman dan makmur seperti yang telah kita kecapi pada hari ini. Ayuh rakyat Malaysia! Sambutlah SALAM 1 MALAYSIA!!!